PRAY FOR PASIR GUDANG

14 Mac 2019 | 07 Rejab 1440H

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya :
“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah”.

Alhamdulillah sebentar tadi warga dan anak-anak Tahfiz Darul Hasanah Solat Hajat untuk mangsa-mangsa insiden pencemaran di Pasir Gudang, Johor Darul Takzim. Didoakan semoga semua penduduk Pasir Gudang diberikan keselamatan dan perlindungan serta didoakan semua kembali sedia kala. Allahumma amin.🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼🕋

Bacaan tahlil dan khatam 30 Juzuk juga diadakan khas buat semua para penyumbang Darul Hasanah. Semoga amalan ini menjadi bekalan jariah di akhirat kelak. Allahumma amin.

Leave A Comment