[vc_row][vc_column][vc_column_text]

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan bagi sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan kita yang agung lagi mulia Nabi Muhammad SAW juga kepada sekalian ahli keluarga dan para sahabat baginda yang mulia.

Pusat Pengajian Darul Hasanah adalah ilham Ustaz Azihal Bangsawan bagi membantu masyarakat Islam untuk celik dan menguasai ilmu al-Quran, Fardhu Ain dan ilmu alat seperti Bahasa Arab, diasaskan pada 12 Februari 2016.  Menyedari kepentingan al-Quran sebagai rujukan utama Islam, maka tidak boleh tidak agenda al-Quran perlu diangkat, seterusnya penekanan kepada as-Sunnah atau al-Hadith juga dititikberatkan.

Tanggungjawab sesama ummah untuk Dakwah dan Islah. Semoga kewujudan PPDH ini mampu meminimakan kejahilan ummah terhadap al-Quran, tuntutan asas fardhu ain dan memahami isi kandungan al-Quran dengan Bahasa arab.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]