KEMPEN PENJIMATAN UTILITI

12 Mac 2019 | 05 Rejab 1440H

Darul Hasanah kini telah melaksanakan satu kempen penjimatan utiliti di peringkat Darul Hasanah sebagai salah satu langkah yang baik untuk mendidik para pelajar dan staf.

Objektif kempen ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kesedaran para pelajar dan kakitangan menggunakan utiliti dengan cara yang berhemah disamping mengurangkan pembaziran utiliti selaras dengan tuntutan agama sebagaimana firman Allah SWT :

إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٰنَ ٱلشَّيَٰطِينِۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورٗا

Maksudnya :
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Darul Hasanah juga mengajak tuan/puan dan orang ramai untuk bersama-sama dalam kempen penjimatan utiliti di kediaman dan tempat kerja masing-masing. Semoga usaha ini dapat mengimbangi ekosistem dan pengurangan penggunaan sumber alam. Allahumma amin. 🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼🕋

📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍
Kepada tuan/puan yang ingin menyumbang, sumbangan boleh disalurkan ke akaun :
PUSAT PENGAJIAN DARUL HASANAH –
MAYBANK : 560027508061

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi :
No. Pejabat : 089-666726
No. Whatsapp : http://www.wasap.my/+601126003726 (Darul Hasanah)

“DARI UMMAH UNTUK UMMAH”
“KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN”
“SEKOLAH MENENGAH INTEGRASI TAHFIZ INTEGRASI BERKEBAJIKAN YANG UNGGUL DI SABAH MENJELANG TAHUN 2025”

Leave A Comment